Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu S'pura hadapi cabaran ke Johor dek kekurangan kad Touch 'n Go

Aug 4, 2022 | 5:30 AM
SEMAKIN PULIH: 3WO Jeffrey Heng kelihatan sedang tersenyum sambil berehat di katil hospital. FACEBOOK NG ENG HEN
SEMAKIN PULIH: 3WO Jeffrey Heng kelihatan sedang tersenyum sambil berehat di katil hospital. FACEBOOK NG ENG HEN -

MERENTASI sempadan ke Malaysia kini semakin kerap dilakukan warga Singapura, tetapi masalah kemudahan mendapatkan dan menambah nilai kad membayar tol Touch 'n Go nampaknya menjadi keprihatinan pemandu ke sana.

Sejak sempadan dibuka semula, kad nilai tersimpan Touch 'n Go sukar dibeli dan ada "orang tertentu" yang mengambil kesempatan mengenakan 'bayaran tambahan' untuk mendapatkannya di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ BSI) Johor.

Akibatnya, ada pemandu terpaksa membayar sehingga RM50 ($15) kepada "orang tertentu" ini untuk menggunakan kad dan membayar mereka apabila mereka memasuki Malaysia.

Ramai pemandu kini meminta kaedah pembayaran universal di dua persimpangan sempadan dengan Singapura, termasuk melalui kad debit dan kredit.

Pada masa ini, selain menggunakan kad Touch 'n Go, warga Singapura boleh menggunakan kad permotoran EZ-Link x Touch 'n Go mereka di kompleks BSI CIQ dan CIQ Sultan Abu Bakar di Tuas Second Link.

Ini adalah kad tanpa tunai yang boleh digunakan di Singapura dan Malaysia.

Bagaimanapun, kad ini hanya dijual di 7-Eleven atau stesen minyak terpilih di Singapura.

Ahli perniagaan Singapura, Encik L. Manan, 64 tahun, adalah antara mereka yang menghadapi masalah membayar caj tolnya apabila beliau memandu ke Johor baru-baru ini kerana kad Touch 'n Go miliknya telah luput tempoh sah lakunya.

"Pegawai imigresen mengarahkan saya kepada seseorang berhampiran kawasan tol. Apabila saya mendekati orang itu untuk membeli kad baru, orang itu berkata mereka tidak menjual kad di CIQ. Tetapi beliau sanggup 'membantu' dengan tol itu dengan satu bayaran," katanya.

Jumlah tol kira-kira RM23 tetapi beliau terpaksa membayar RM50 untuk perkhidmatan itu.

Selepas meninggalkan CIQ, beliau berpusing-pusing mencari untuk membeli kad itu tetapi tidak dapat mencarinya.

Encik Manan berkata beliau kemudian mendapatkan kad itu daripada abangnya dan telah menggunakannya untuk memasuki Johor setiap minggu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg