Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah) merancang untuk mengembangkan projek tanaman hidroponik dan pemanggangan kopi menjadi usaha niaga yang menjana pendapatan menjelang 2027, bagi membuka laluan kepada peluang pekerjaan untuk penghuni yang sedang menjalani pemulihan daripada ketagihan dadah.
Inisiatif yang bakal dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Nard itu bertujuan melengkapkan penghuni dengan kemahiran praktikal dan pengalaman bekerja, sekali gus membantu mereka membina...





