SEKOLAH Menengah Meridian mencipta sejarah di Stadium Jalan Besar kelmarin dengan memenangi kejuaraan bola sepak Divisyen C perempuan pertamanya, dengan dua pemainnya, kapten Nisreen Aziz dan Liyana Indah Rickit, menyerlah dengan jaringan dan ketangkasan mereka di padang.
Nisreen bak 'duri dalam daging' pasukan lawan dan hanya memerlukan lapan minit selepas wisel pertama ditiup untuk membuka tirai jaringan bagi Meridian.





