Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Meridian cipta sejarah juarai bola sepak Divisyen C perempuan

Aug 17, 2022 | 5:30 AM
PENJARING GOL TERBANYAK: Kapten Sekolah Menengah Meridian, Nisreen Aziz, yang menjaringkan dua gol menentang juara bertahan Sekolah Menengah Queensway, menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak pertandingan - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
PENJARING GOL TERBANYAK: Kapten Sekolah Menengah Meridian, Nisreen Aziz, yang menjaringkan dua gol menentang juara bertahan Sekolah Menengah Queensway, menamatkan saingan sebagai penjaring terbanyak pertandingan - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

SEKOLAH Menengah Meridian mencipta sejarah di Stadium Jalan Besar kelmarin dengan memenangi kejuaraan bola sepak Divisyen C perempuan pertamanya, dengan dua pemainnya, kapten Nisreen Aziz dan Liyana Indah Rickit, menyerlah dengan jaringan dan ketangkasan mereka di padang.

Nisreen bak 'duri dalam daging' pasukan lawan dan hanya memerlukan lapan minit selepas wisel pertama ditiup untuk membuka tirai jaringan bagi Meridian.

Beliau kemudian menggandakan jaringan empat minit selepas itu dengan memperdayakan beberapa pemain sebelum menyumbatkan bola dengan tenang ke dalam gawang.

Sekolah Menengah Queensway, bagaimanapun, berjaya menjaringkan dua gol untuk menyamakan kedudukan sebelum masa rehat menerusi jaringan Bernice Lim.

Namun, Meridian kembali menguasai perlawanan dalam babak kedua dan menjaringkan gol ketiga menerusi jaringan Putri Amaleeya Hazman.

Gol tersebut seolah-olah menyentak sekali lagi Queensway, yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Qarissa Putri Ramadhani Zahary daripada tendangan bebas.

Dengan perlawanan nampaknya akan berlarutan hingga ke waktu tambahan, Liyana sekali lagi menunjukkan keupayaannya dengan memperdayakan pemain lawan menerusi dribble yang cantik untuk menjaringkan dua gol, sekali gus memberikan takhta bola sepak Divisyen 'C' perempuan kepada Meridian - yang dibentuk daripada gabungan dua sekolah, Sekolah Menengah Coral dan Sekolah Menengah Siglap, pada 2017.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg