Demi mengembangkan minat anaknya dalam seni persembahan sambil memperkukuh penguasaan bahasa Melayu, Cik Noor Atiqah Ab Halim, 45 tahun, memilih kelas Bangsawan sebagai kelas pengayaan untuk anak keduanya.
Ibu tiga anak itu berpendapat program di Opera Academy (OA) itu bukan sahaja mengasah bakat berlakon anaknya, Dani Ihsan Suhardi, 12 tahun, malah membolehkannya berlatih menggunakan bahasa Melayu di luar bilik darjah,...





