MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka tiada halangan sekiranya pengundi gabungan itu memberikan sokongan kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pengerusi PH Melaka, Encik Adly Zahari, berkata meskipun tiada kerjasama rasmi antara PH dan Bersatu, pendekatan digunakan kali ini bertujuan meminimumkan pertembungan dengan...





