Suatu ketika dahulu, deruan mesin jahit di tingkat dua Pasar Awam Larkin hampir tidak pernah berhenti, terutama menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri apabila pelanggan dari Singapura berpusu-pusu menghantar kain untuk dijadikan pakaian tradisional.
Namun, kemeriahan itu kini semakin berkurangan apabila sebahagian kedai jahit yang pernah bergantung kepada pelanggan dari seberang Tambak Johor masih bergelut untuk memulihkan perniagaan selepas terjejas...





