Penahanan bekas Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, atas dakwaan melakukan kegiatan mengintip secara haram terhadap Presiden Prabowo Subianto, dan puluhan tokoh penting negara mencetuskan antara krisis paling serius pernah melanda institusi polis republik itu.
Skandal berkenaan bukan sahaja menggugat kewibawaan pasukan polis yang sudah lama berdepan pelbagai kontroversi, malah menimbulkan persoalan mengenai sejauh manakah teknologi pengawasan negara...





