BUDI pekerti yang baik, hati yang luhur dan sikap yang tidak mudah merungut apabila ditimpa masalah merupakan ciri-ciri yang membuatkan juruterbang Mohd Al-Adib Fahmi Harun, tertarik pada penyanyi Wany Hasrita.
Ini dikongsi Adib, 30 tahun, ketika ditemui laman Artis Malaysia di majlis kesyukuran Ahad lalu menyusuli pernikahan mereka Jumaat lalu di Ruscus Hall Forest Valley.





