Penyerang Tenerife, Jesus de Miguel, meninggal dunia pada 3 November akibat kecederaan parah susulan pertembungan dengan penjaga gol FC Andorra, Jesus Owono, ketika aksi perlawanan divisyen dua Sepanyol.
SukanNov 6, 2026 | 12:05 PM

Penghormatan terakhir buat De Miguel maut akibat cedera parah semasa perlawanan

MADRID (Sepanyol): Ketika majlis pengebumian pemain bola sepak, mendiang Jesus de Miguel, diadakan pada 5 November, keluarganya meluahkan bahawa “kesan mendalam yang beliau telah tinggalkan kepada begitu ramai orang” akan sentiasa terpahat dalam ingatan.

Penyerang Tenerife berusia 30 tahun itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah ketika beraksi dalam perlawanan divisyen dua Sepanyol pada 2 November.

Anggota sindiket pemerdagangan bayi yang didakwa di mahkamah menunggu untuk mendengar tuntutan hukuman pihak pendakwa raya dalam perbicaraan di Bandung, Jawa Barat, Indonesia, pada 30 Jun 2026. Kes itu membabitkan sindiket yang dipercayai menghantar 18 kanak-kanak Indonesia ke Singapura untuk dijadikan anak angkat secara tidak sah. Pemerintah Indonesia mendakwa identiti kanak-kanak berkenaan dipalsukan bagi menunjukkan mereka berasal dari Kalimantan Barat, sedangkan keluarga kandung mereka sebenarnya berada di Jawa Barat.
DuniaNov 6, 2026 | 12:32 PM

Indonesia dakwa pengambilan 18 anak angkat di Singapura tidak sah

JAKARTA: Pemerintah Indonesia mendakwa proses pengambilan 18 kanak-kanak warga negaranya sebagai anak angkat di Singapura tidak sah kerana melanggar undang-undang negara itu, selain dipercayai membabitkan sindiket pemerdagangan manusia yang memalsukan identiti mangsa.

Lebih membimbangkan, kanak-kanak terbabit sebenarnya berasal daripada keluarga di Jawa Barat, tetapi dokumen pengenalan diri mereka dipercayai dipalsukan bagi menunjukkan mereka sebagai penduduk Kalimantan Barat.

Pelumba Mercedes, Kimi Antonelli, menjelang Grand Prix (GP) Sao Paulo di Autodromo Jose Carlos Pace (Litar Interlagos), Sao Paulo, Brazil, pada 5 November.
SukanNov 6, 2026 | 12:32 PM

Juara dunia F1 termuda Antonelli ‘mula persiapan bagi 2027’

SAO PAULO (Brazil): Juara dunia baharu Formula Satu (F1), Kimi Antonelli, berkata beliau menganggap baki perlumbaan musim ini sebagai titik permulaan kempennya bagi mempertahankan kejuaraan tahun depan (2027).

Pelumba Mercedes itu muncul juara dunia F1 termuda dalam sejarah dalam penampilan musim keduanya – selepas mengesahkan kejuaraan di Grand Prix (GP) Mexico City hujung minggu lalu.

Penunjuk perasaan Iran membakar papan iklan besar anti-Amerika Syarikat  dan Israel yang memaparkan gambar Presiden Amerika, Encik Donald Trump; Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu; Naib Presiden Amerika, Encik JD Vance; dan utusan khas Amerika, Encik Steve Witkoff, di Dataran Enghelab, Teheran, pada 4 November 2026. Perhimpunan itu diadakan sempena ulang tahun ke-47 penawanan Kedutaan Amerika di Teheran pada 1979. Bantahan tersebut berlangsung ketika perang Amerika-Iran masih berlarutan, meskipun dokumen mahkamah mendedahkan pentadbiran Trump mengadakan rundingan sulit dengan Tehran bagi menghantar pulang warga Iran dari Amerika.
DuniaNov 6, 2026 | 12:13 PM

AS adakan rundingan sulit dengan Iran ketika perang berlarutan

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump, mengadakan rundingan sulit dengan Iran bagi menghantar pulang warga negara itu yang berada di Amerika, meskipun kedua-dua negara masih terlibat dalam peperangan.

Perkara itu didedahkan menerusi dokumen mahkamah yang dibuka kepada umum pada 5 November, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan warga Iran yang bakal dihantar pulang ke negara asal mereka.

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo melambai kepada  penyokong selepas Portugal tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 di Stadium Dallas, pada 6 Julai. Legenda bola sepak Portugal itu mengumumkan persaraannya daripada pasukan kebangsaan pada 5 November.
SukanNov 6, 2026 | 12:13 PM

Pengakhiran pahit buat Ronaldo, ikon perubahan Portugal

LONDON: Pesaing lama Cristiano Ronaldo, Leo Messi, sudah meninggalkan Argentina kurang sebulan lalu dengan tepukan seluruh negara.

Legenda Portugal itu pula mengambil jalan lain, dan memang sudah dijangka begitu.

Menurut platform pengambilan pekerja FastJobs, hampir 600 pencari kerja telah memohon jawatan pengendali bagasi melalui portalnya.
SingapuraNov 6, 2026 | 11:48 AM

Kerja bagasi di Lapangan Terbang Changi tarik minat rakyat S’pura, namun sukar cari pekerja 

Pekerjaan di lapangan terbang, termasuk mengendalikan bagasi, menarik minat pencari kerja tempatan. Namun, pengambilan pekerja masih mencabar. Tugas yang berat, syif yang tidak menentu dan perjalanan yang jauh boleh menyebabkan sesetengah pemohon menarik diri sebelum mula bekerja.

Menurut platform pengambilan pekerja FastJobs, hampir 600 pencari kerja memohon jawatan pengendali bagasi melalui portalnya. Kira-kira enam daripada 10 pemohon ialah warga Singapura...

Bermula dengan secawan kopi, empat sahabat buka kafe sendiri
Play Video

Takkan bosan di Busan: 4 tempat dan pengalaman menarik
Play Video

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video

2 maut selepas nahas di Tampines libat kereta, motosikal
Play Video