PENYELIDIK Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Sekolah Perubatan Duke-NUS sedang mendapatkan peserta bagi kajian pemantauan tentang respons imun pada vaksin Covid-19 dalam kumpulan kanak-kanak berbeza.
Ini menyusuli pengumuman pemerintah pada Jumaat (10 Disember) bahawa vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty telah diluluskan buat kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Vaksinasi bagi kumpulan ini akan dimulakan hujung bulan ini.





