GLASGOW: Pemimpin dunia, dari Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, ke Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, berkumpul di Glasgow, Scotland, semalam bagi mendorong kemajuan lebih pantas bagi usaha menangani perubahan iklim, yang dianggap ancaman terbesar kepada manusiawi.
Lebih 100 pemimpin dijangka berbincang bagi mencari huraian semasa rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, yang dipanggil Persidangan Pihak Terlibat ke-26...





