Acara kutipan dana amal tahunan anjuran bersama The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT) bakal kembali dengan format baharu.
Setelah lebih dua dekad, edisi ke-21 acara amal tersebut, ChildAid, akan diubah menjadi satu festival terbuka percuma yang berlangsung selama dua hari berbanding konsert tradisional yang memerlukan tiket sebelum ini.





