Semenjak pemergian suaminya tiga tahun lalu, ada sesuatu yang berubah dalam kehidupan Saerah. Rumah lima bilik yang dahulunya riuh dengan suara dan gelak tawa, kini terasa terlalu luas untuk didiami seorang diri. Kadangkala dia masih menoleh ke kerusi di hujung meja makan, seolah-olah mengharapkan seseorang sedang menunggu sarapan daripadanya. Namun, Saerah tidak pernah mengakui bahawa dia kesunyian.
Kehidupan mesti diteruskan....




