DENGAN keinginan merakam rakan sekolahnya sedang menggunakan tandas, remaja lelaki ini memasuki tandas perempuan di sekolah menengahnya dan merancang meletakkan pena hitam yang dilekapkan dengan kamera lubang jarum (pinhole) pada pintu kubikel tandas.
Kamera tersebut diarahkan kepada tempat duduk tandas. Dari situlah, dia merakam seorang pelajar perempuan sedang menggunakan tandas pada 19 Ogos tahun lalu.






