SERAMAI lima orang dikejarkan ke hospital kerana terhidu asap daripada satu kebakaran di sebuah flat di tingkat dua di Hougang petang kelmarin.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook berkata ia menerima panggilan mengenai satu kebakaran di Blok 537 Hougang Street 52 sekitar 5.45 petang.





