TERDAPAT 1,275 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan pada Khamis (25 Nov), merosot daripada 2,079 pada Rabu. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 berada pada 0.72, turun daripada 0.75 pada Rabu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya. Kadar tersebut berada di bawah angka satu selama 13 hari berturut-turut. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang konsisten di bawah satu menunjukkan bilangan kes baru...






