MELAKA: Seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka hari ini. Pada istiadat yang bermula 3.22 petang itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusof yang sebelum ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mendahului...





