WARGA Singapura Loh Kean Yew sekali lagi membuktikan kehebatannya di Terbuka Indonesia apabila dia mengalahkan Nombor 21 dunia, Hans-Kristian Vittingghus daripada Denmark untuk mara ke separuh akhir pada Jumaat (26 Nov).
Loh yang berada di tangga ke-26 dunia kalahkan Vittinghus 21-9, 21-4 dalam perlawanan 24 minit di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali.





