Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Badminton: S'pura kalahkan Denmark, mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia

Nov 26, 2021 | 8:30 PM
Pemain badminton Loh Kean Yew merupakan warga Singapura pertama berjaya melangkah ke separuh akhir Super 1000 sejak acara Super 1000 Jelajah Dunia Persekutuan Badminton dianjurkan pada 2018. - Foto BADMINTON PHOTO
Pemain badminton Loh Kean Yew merupakan warga Singapura pertama berjaya melangkah ke separuh akhir Super 1000 sejak acara Super 1000 Jelajah Dunia Persekutuan Badminton dianjurkan pada 2018. - Foto BADMINTON PHOTO -

WARGA Singapura Loh Kean Yew sekali lagi membuktikan kehebatannya di Terbuka Indonesia apabila dia mengalahkan Nombor 21 dunia, Hans-Kristian Vittingghus daripada Denmark untuk mara ke separuh akhir pada Jumaat (26 Nov).

Loh yang berada di tangga ke-26 dunia kalahkan Vittinghus 21-9, 21-4 dalam perlawanan 24 minit di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali.

Semalam Loh mengalahkan Nombor 1 Jepun dan juara bertahan dunia Kento Momota dalam tempoh 69 minit.

Esok, Loh, 24 tahun, dijangka akan berdepan dengan Nombor 13 dunia Rasmus Gemke daripada Denmark pada separuh akhir acara Super 1000 Jelajah Dunia Persekutuan Badminton untuk merebut AS$850,000 ($1.16 juta).

Loh merupakan warga Singapura pertama berjaya melangkah ke separuh akhir Super 1000 sejak acara Super 1000 Jelajah Dunia Persekutuan Badminton dianjurkan pada 2018.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg