ARYAN Khan, anak pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan, yang ditangkap di kapal persiaran berhubung dengan kes dadah pada Ahad (3 Oktober) perlu ditahan lebih lama lagi, jelas agensi dadah Biro Kawalan Narkotik (NCB) Mumbai di mahkamah pada Isnin (4 Oktober).
Agensi ini menjelaskan, Aryan diperlukan dalam jagaan polis hingga 11 Oktober bagi disoal siasat, lapor laman NDTV.





