di lebuh raya cinta tiada had kelajuan yang ada cuma papan tanda amaran di kiri kanannya tiada lampu jalan hanya neon angan mengasyikkan berkerlipan hingga ke jurang kesesatan
di lebuh raya cinta tiada lampu isyarat hanya simpang empat untuk berhenti rihat yang sempat melihat dapatlah manfaat yang tidak beringat merempuh palang mudarat





