PUTRAJAYA: Angka kes baru Covid-19 terus menunjukkan trend penurunan tiga hari berturut-turut dengan 6,709 kes dilaporkan pada Isnin (11 Oktober).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus berkenaan kini mencecah 2,346,303 kes.





