BEBERAPA kedai menjual kain di Arab Street telah ditutup sementara yang lain berusaha untuk terus bertahan dengan penjualan yang turun hingga 80 peratus sejak lebih setahun lalu apabila pandemik Covid-19 bermula.
Pelbagai sekatan yang dilaksanakan bagi membendung penularan koronavirus turut menjejas aliran pelanggan ke kawasan Kampong Glam itu.





