SEORANG warga Singapura yang bertanggungjawab ke atas jabatan keselamatan Takashimaya pada Selasa (19 Okt) dihukum penjara 10 bulan dan didenda $42,500 kerana menerima rasuah. Chan Kuen Thong, 64 tahun, yang juga pengurus divisyen kanan di Takashimaya Singapura, terlibat dalam skim rasuah untuk menutup kekurangan bilangan pegawai keselamatan di gedung serbaneka itu, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan....





