Premium
Tip kurangkan kesan kenaikan harga
Kesan kenaikan harga terhadap barangan harian - termasuk harga barangan asas seperti minyak, elektrik dan telur - semakin ketara disebabkan faktor seperti inflasi global, kos logistik dan isu geopolitik. Namun, kesan kenaikan harga ini dapat dikurangkan dengan melakukan penyesuaian mental dan mengambil langkah untuk berjimat. Selain tip biasa seperti dengan mengurangkan makan di luar atau membeli belah semasa 'sale', berikut beberapa langkah yang boleh diambil.
Jan 2, 2023 | 5:30 AM
-
RANCANG PEMAKANAN BAGI MENGURANGKAN KOS BARANGAN DAPUR
MERANCANG hidangan atau lauk bagi tempoh dua minggu untuk kesemua empat anggota keluarganya telah membantu perunding kewangan, Cik Radia Bismillah, 30 tahun, untuk berjimat. "Sebelum ini, saya menyediakan lebih banyak makanan berbanding apa yang diperlukan keluarga saya. "Pembuangan makanan (ke dalam tong sampah) bermakna, duit saya pun terbuang," kata Cik Radia, yang juga merupakan pengasas bersama Hiba Finance. "Selain berjimat wang, saya juga dapat jimat masa. Jika saya tak merancang nak masak apa, saya akan buka peti sejuk dan tengok bahan yang ada, dan saya perlu beli bahan lain untuk memasak," katanya

