206 suspek terlibat dalam sindiket judi diberkas dalam 3 tahun: Polis
Premium
206 suspek terlibat dalam sindiket judi diberkas dalam 3 tahun: Polis
Mar 29, 2021 | 5:30 AM
SEPANJANG tiga tahun, antara 2018 dan 2020, seramai 206 individu telah diberkas polis dalam enam operasi penguatkuasaan ke atas sindiket perjudian yang menawarkan khidmat perjudian secara haram.
Dalam tempoh yang sama, kira-kira 2 peratus individu yang diberkas atas kesalahan perjudian dalam talian dan kes berkaitan taruhan telah diberkas lebih daripada sekali bagi kesalahan di bawah Akta Perjudian Jarak Jauh (RGA).

