Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Apabila mi rebus, lontong, kurang $4

Mi Rebus, lontong atau mi soto pada harga kurang $4 mungkin hanya boleh didapatkan di pusat-pusat penjaja di sekitar Singapura, yang bertujuan menyediakan pilihan makanan yang lebih dimampui bagi penduduk. Pembukaan beberapa pusat penjaja baru sekitar Singapura merancakkan lagi sektor penjaja dan menambah kepada pilihan bagi penduduk. BERITA MINGGU (BM) menemuramah pegerai di beberapa pusat penjaja tersebut yang berkongsi perspektif mereka.
Dec 18, 2022 | 05:30 AM



SETIAP pagi, beliau biasanya akan berbasikal ke pusat penjaja yang terletak agak berjauhan dari rumahnya untuk membelikan sarapan untuk keluarga sebelum ke kerja.



Ibu empat anak yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Azimah, berkata beliau lebih rela pergi beli sendiri kerana mendapati harga untuk memesan makanan agak tinggi.



Namun, rutin beliau kian lebih mudah dengan terbukanya Pusat Penjaja Fernvale yang terletak agak berdekatan di mana beliau hanya perlu berjalan kaki sekitar lima minit untuk ke sana.



"Kalau hari-hari nak pesan makanan memang kami tak mampu, kerana harganya agak tinggi. Jadi memang kami gembira sekarang dah ada pusat penjaja di kawasan ini," ujarnya.



Pusat Penjaja Fernvale merupakan antara beberapa pusat penjaja baru yang timbul seperti 'cendawan tumbuh' di seluruh Singapura.



Ini selain Pusat Penjaja Senja, Pusat Penjaja OnePunggol dan Pusat Penjaja Bukit Canberra yang turut membuka pintunya kepada pengunjung tahun ini.



Dua pusat penjaja lain - Pusat Penjaja Market Street dan Pusat Penjaja Margaret Drive - turut dibangunkan semula tahun ini sementara beberapa pusat penjaja lain dijangka dibuka tahun depan di beberapa kawasan termasuk di bandar Tampines.



Meski pelbagai ciri baru dipaparkan di pusat-pusat penjaja baru ini - termasuk penggunaan teknologi serta desain yang lebih mampan - matlamat utamanya tetap sama dalam menyediakan pilihan makanan bermutu yang dimampui ramai.



SUKAR KEKALKAN HARGA RENDAH



Pembukaan pusat-pusat penjaja baru di beberapa kawasan di Singapura menawarkan penduduk dengan pelbagai pilihan alternatif bagi makanan lebih dimampui.



Lebih daripada itu, ia juga dapat memenuhi keperluan sesetengah penduduk yang lebih memerlukan termasuk warga emas dan golongan berpendapatan rendah, dan ini merupakan antara sebab utama mengapa harga makanan perlu kekal rendah di pusat penjaja.



Sebagai contoh, Pusat Penjaja Senja - yang juga merupakan pusat penjaja perusahaan sosial - menetapkan setiap pegerai perlu memastikan sekurang-kurangnya dua hidangan dalam menu mereka dijual pada harga antara $2.80 dengan $3.50.



Menurut beberapa pegerai yang ditemubual Berita Minggu (BM), kenaikan harga makanan yang dijual - meskipun sedikit - akan menjejas teruk golongan itu.



Justeru program 'makanan bajet' yang dilaksakanan di pusat-pusat penjaja amat penting untuk membantu golongan tersebut dalam menampung kos sara hidup mereka.



Pada masa yang sama, pegerai akui menghadapi kesukaran dalam mengekalkan harga sedia ada jika ingin memastikan perniagaan mereka kekal bertahan.



Mereka turut prihatin harga barangan mentah yang diperlukan akan terus meningkat pada masa akan datang, melihat pada kadar inflasi sedia ada.



Ini meskipun sewa bagi gerai di pusat penjaja lebih murah berbanding tempat lain - secara keseluruhannya sekitar $4,000 termasuk bil api air dan khidmat-khidmat yang diperlukan seperti membasuh pinggan mangkuk dan sudu garpu.



Gerai Umi's Spices di Pusat Penjaja Fernvale kini menawarkan empat jenis hidangan 'bajet' pada harga $3.30 - nasi dengan satu lauk daging dan satu lauk sayur, mi rebus, mi soto, dan lontong.



Pemiliknya, Cik Normah Mohamad, berkata hidangan tersebut amat popular di kalangan pelanggannya di pusat penjaja itu yang dibuka Julai tahun ini.



Meskipun perlu mengekalkan harga yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan buat masa ini, Cik Normah bimbang akan kenaikan harga yang dijangkan meningkat lebih tinggi tahun depan.



"Memang kita sentiasa cuba mencari alternatif yang lebih murah, tapi sejak tempoh Covid-19 ini, mana-mana pembekal pun naikkan harga barangan mentah.



"Banyak bahan yang sudah meningkat harganya dua kali ganda, termasuk bahan asas yang biasanya banyak digunakan gerai nasi padang seperti minyak dan juga telur," kata Cik Normah, yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang tersebut.



Kos bahan mentah termasuk minyak, ayam, dan telur melonjak kebelakangan ini disebabkan gabungan beberapa faktor termasuk tempoh pandemik Covid-19, krisis rantaian bekalan serta perang Ukraine.



Namun, ada juga golongan penjaja yang memilih untuk menampung kenaikan kos ini tanpa meningkatkan harga makanan yang dijual kerana bimbang kurangnya pelanggan, menurut pemilik gerai makanan India-Muslim Subakani Family Stall di Pusat Penjaja Senja, yang baru dibuka bulan ini.



"Sekarang saingan lebih hebat, dan pelanggan juga mempunyai pilihan yang lebih luas, jadi pegerai bimbang jika harga mereka naik pelanggan akan 'berpindah' ke gerai lain," ujar Encik Shamsulavdeen yang lebih dikenali dengan panggilan Jalal.



Beliau mula berniaga sejak tahun 2000 dan kini mengendalikan satu lagi gerai di Jurong East St 21.



BUKA PELUANG CEBURI SEKTOR PENJAJA



Isu kenaikan harga kekal sebagai cabaran utama bagi penjaja buat masa dan dijangka berlanjutan hingga tahun depan.



Namun, golongan penjaja tetap mengalu-alukan pembukaan pusat-pusat penjaja baru dan yang dibangunkan semula kerana kemudahan dan prasarana baru dan lebih selesa serta lokasi yang berdekatan estet perumahan dijangka dapat menarik lebih ramai pelanggan.



Ini dapat mengurangkan sedikit kebimbangan yang dirasakan berkaitan kos yang semakin tinggi.



Pada masa yang sama, ia juga mengundang lebih ramai, terutama sekali golongan lebih muda, untuk menyertai sektor itu, menurut anggota jawatankuasa Divisyen Penjaja Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS), Encik Tan Min Kiat Samuel.



"Ramai penjaja veteran tidak ingin berpindah dari lokasi gerai mereka, kerana ada kalanya mereka dah begitu lama bertapak di sana.



"Tetapi (pusat penjaja baru) mungkin peluang baik bagi generasi penjaja baru- yang mungkin mengambil alih perniagaan dari anggota keluarga mereka, untuk kembangkan lagi perniagaan mereka," kata Encik Tan.



Dalam pada itu, FMAS juga berusaha merancakkan lagi suasana di pusat-pusat penjaja dengan mempelbagaikan usaha menarik lebih ramai pengunjung.



Ini termasuk melalui acara seperti pasar malam dan juga menghias pusat-pusat penjaja sempena sambutan perayaan, tambah Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >