Premium
5 perkara tentang laporan COP mengenai kes Raeesah Khan
Feb 12, 2022 | 5:30 AM

BERI KETERANGAN: Cik Raeesah Khan, bekas AP GRC Sengkang, memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen yang dipengerusikan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, pada 2 Disember lalu. - Foto GOV.SG -
JAWATANKUASA Hak Istimewa Parlimen (COP) telah mendapati bekas Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, bersalah kerana menyalah guna keistimewaan dengan berbohong kepada Parlimen, dan mengesyorkan beliau didenda sejumlah $35,000.
Ia juga mengesyorkan supaya ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya bagi siasatan lanjut berhubung kelakuannya di depan jawatankuasa itu.

