Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

9 tahun bermakna sebagai AP bagi Intan Azura

Selepas berkecimpung dalam dunia politik selama sembilan tahun, Dr Intan Azura Mokhtar bersara apabila beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum yang lalu. Sepanjang berkhidmat, ibu tiga anak itu turut berdepan dengan pelbagai cabaran peribadi termasuk apabila didiagnos barah buah dada pada 2014 dan dimaklumkan anak bongsunya autistik pada tahun yang sama. Dr Intan berkongsi pahit manis perjalanannya sebagai AP sebelum ini.
Oct 05, 2020 | 05:30 AM



SEPANJANG sembilan tahun beliau berbakti sebagai Anggota Parlimen (AP), Dr Intan Azura Mokhtar menyifatkan pengalaman itu sebagai amat bermakna.



Sebagai AP, beliau bukan sahaja dapat meninggalkan kesan secara langsung pada penduduk di kawasan undinya, tetapi beliau juga dapat memperjuangkan pelbagai isu di Parlimen dan menyertai lawatan rasmi ke luar negara.



AP JALAN KAYU



Dr Intan yang tidak bertanding dalam pilihan raya umum lalu menyertai politik pada 2011 dan berkhidmat di GRC Ang Mo Kio, khususnya di Jalan Kayu, sebelum ini.



Sebagai AP di kawasan undi itu, beliau amat bersyukur dapat bekerjasama dengan sepasukan pemimpin akar umbi dan masyarakat untuk memperkenal beberapa skim bagi penduduk.



Sebagai contoh, skim Rumah@JK yang mendapat sokongan dana sekitar $30,000 daripada penderma dapat membantu penduduk bergaji rendah yang memerlukan perabot dan peralatan rumah, atau kerja penyenggaraan di rumah mereka, tetapi tidak layak dibantu di bawah skim nasional yang sedia ada.



LAWATAN RASMI



Tambahnya, lawatan rasmi yang beliau ikuti bersama Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong serta menteri dan rakan AP lain turut meninggalkan kesan mendalam pada dirinya.



Ini termasuk lawatannya ke Timur Tengah bersama rombongan Encik Lee pada 2016 dan ke Amerika Syarikat pada 2013 di mana beliau dapat bertemu dengan mantan Presiden Amerika, Encik Barack Obama.



Menurut Dr Intan, lawatan itu meletakkan banyak perkara dalam perspektif tentang mengapa Singapura ingin menjalin persahabatan dengan banyak negara.



"Negara kita kecil dan pasaran kita juga kecil. Oleh itu, kita perlu menjalin hubungan baik dengan banyak negara namun kita juga harus melindungi kedaulatan negara kita.



"Walaupun kita kecil, kita tidak boleh membiarkan negara lain mengarah-arah atau mengambil kesempatan," ujarnya.



ISU PENDIDIKAN



Meskipun mendapati tugas sebagai AP amat bermakna, Dr Intan akui kadangkala rasa kecewa.



Ini termasuk apabila sesetengah dasar yang diperjuangnya gagal mendapat sokongan kerana terdapat banyak faktor untuk perlu dipertimbang.



Antara lain, Dr Intan berkata beliau memperjuang agar penyaluran pelajar mengikut keupayaan akademik ditiadakan dan isu ini juga telah diperjuang AP lain sebelumnya.



Pemerintah mengumumkan tahun lalu bahawa penyaluran pelajar atau streaming akan ditiadakan.



Menyifatkan prosesnya sebagai cukup lama, beliau berkata usaha memperjuang isu seperti ini memerlukan seseorang menebalkan muka dan tidak berputus asa.



Bagi Dr Intan, beliau juga terdorong oleh pengalaman peribadinya sebagai guru sebuah kelas Normal (Teknikal).



"Saya melihat bagaimana label sedemikian hanya membuat mereka anggap keupayaan sebaik aliran mereka," ujarnya.



Tambahnya, beliau gembira dengan kemajuan dalam sistem pendidikan Singapura yang kini lebih menyeluruh dan inklusif.



Beliau juga berharap lebih banyak usaha dapat dijalankan dan dengan lebih cepat tetapi beliau juga akur bahawa langkah ini harus diambil dengan berhati-hati dengan mengambil kira pelbagai faktor.



Beliau turut gembira dengan kemajuan masyarakat Melayu/Islam, dengan kian ramai pelajar meraih kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga pelbagai bidang lain, bukan sahaja di dalam negara malah di pentas dunia.



"Kita harus terus menggalak satu sama lain untuk memastikan masyarakat kita terus berkembang maju bukan sahaja di Singapura tetapi di luar negara juga.



"Kita harus merebut peluang yang ada buat kita, lebih-lebih lagi sebagai seorang Melayu dan Muslim," kata Dr Intan.



CABARAN PERIBADI



Selain cabaran yang dihadapinya semasa memperjuang isu di Parlimen, Dr Intan turut menghadapi beberapa cabaran peribadi.



Ketika beliau didiagnos menghidap barah buah dada pada 2014, keadaannya membimbangkan tiga anaknya.



Beliau yang bekerja sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Nasional (NIE) ketika itu mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan untuk memberi tumpuan pada kesihatannya serta tugas sebagai AP.



Sekitar 2014 juga, anak bongsunya Ayser, yang kini berusia 10 tahun, didiagnos mengalami autisme.



Namun, beliau terdorong terus berbakti kerana sudah memberi komitmen akan memberikan yang terbaik untuk berkhidmat kepada penduduk dan warga Singapura sebaik mungkin.



"Saya lakukan apa yang saya mampu. Tentunya, ia tidak sempurna dan saya berharap dapat melakukan lebih baik dan lebih banyak tetapi saya telah melakukan apa yang saya mampu dan sebaik mungkin," ujarnya yang terus mengendalikan Sesi Bertemu Penduduk (MPS) setiap minggu, lawatan ke rumah penduduk di kawasan undinya, menghadiri sidang Parlimen dan tugas AP lain, sementara menjalani rawatan dan terapi pada 2015.



TIADA SESALAN



Menyingkap perjalanannya sebagai AP selama sembilan tahun, Dr Intan berkata beliau berbesar hati diberi peluang berbakti kepada warga Singapura selama sembilan tahun.



Beliau juga menaruh harapan mempunyai lebih masa untuk mengutarakan isu kesihatan mental sepanjang tempohnya di Parlimen sebelum ini.



Kini sebagai pensyarah di Institut Teknologi Singapura (SIT), beliau juga berharap dapat terus menyumbang kepada perbincangan nasional menerusi kajian yang dijalankan serta kertas penyelidikan yang dihasilkannya.



"Bukan tentang perundangan atau dasar sahaja... kita harus meneruskan perbincangan ini untuk saling memahami isu dan keprihatinan berbeza yang dihadapi segmen masyarakat yang berbeza.



"Menerusi perbincangan ini, kita boleh mencapai peningkatan dalam dasar, perundangan atau daya usaha yang sedia ada," ujarnya.



Tambahnya, setiap orang mempunyai peranan menyumbang kepada perbincangan ini.



"Kita tidak harus pernah berfikir bahawa kita mempunyai penyelesaian kepada segala masalah.



"Hanya kerana kita AP, pemegang jawatan politik, pegawai perkhidmatan awam dan sebagainya, kita tidak mempunyai semua jawapannya dan perlu belajar daripada satu sama lain, bersikap terbuka dan lebih bekerjasama," kata Dr Intan.




"Kita harus terus menggalak satu sama lain untuk memastikan masyarakat kita terus berkembang maju bukan sahaja di Singapura tetapi di luar negara juga. Kita harus merebut peluang yang ada buat kita, lebih-lebih lagi sebagai seorang Melayu dan Muslim."
- Mantan AP, Dr Intan Azura Mokhtar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >