Topik diikuti
Pergi ke BHkuPaus Francis di Iraq cerminan insan, ihsan

Mar 16, 2021 | 5:30 AM
Paus Francis di Iraq cerminan insan, ihsan
LAWATAN empat hari Paus Francis - yang pertama kali dilakukan oleh Ketua Gereja Roman Katolik ke Iraq - minggu lalu mencerminkan harapan bahawa dunia masih teguh mendukung keluhuran nilai-nilai keinsanan dan keihsanan.
Yang nyata, kehadiran pemimpin 1.2 bilion umat Kristian di seluruh dunia ini bukan igauan serupa kisah seribu satu malam, tetapi lebih merupakan iktikad menyubur prinsip manusiawi di negara yang hancur diratah bom, dibolosi peluru dan direntap nafsu serakah yang tidak terperi.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti