Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SIRI LAPORAN DEMENSIA

ADA mahu pertingkat kesedaran, atasi stigma demensia

Dalam siri laporan demensia minggu ini, wartawan BERITA MINGGU meninjau perkembangan Persatuan Penyakit Alzheimer Singapura (ADA) yang merupakan antara badan utama setempat yang menerajui usaha mendidik dan membimbing masyarakat mengenai penyakit demensia. Turut dipaparkan ialah perkongsian seorang karyawan kesihatan Kelab Heal mengenai penjagaan pesakit demensia.
Jun 20, 2021 | 05:30 AM



WABAK demensia di Singapura mungkin lebih besar daripada yang kita jangka, kata Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA).



Menurut Institut Kesihatan Mental (IMH), di Singapura, satu daripada 10 orang yang berumur 60 tahun ke atas didiagnosis dengan demensia.



Semasa kajian tersebut dilakukan pada 2018, ia menunjukkan sekitar 82,000 orang di sini menghidap demensia.



Pada 2020, ADA berkata mereka telah menjangkakan jumlah itu telah melonjak untuk mencatat 100,000 orang dan akan terus meningkat dalam masa akan datang.



Untuk menangani masalah ini, ADA telah melaksanakan pelbagai program untuk menjangkau mereka yang menghidap demensia untuk memberi sokongan serta menawarkan rawatan yang diperlukan.



DEMENSIA DALAM MASYARAKAT MELAYU



Dengan jumlah mereka yang menghidap demensia semakin meningkat, terdapat ramai juga yang mengalami gejala demensia yang tidak didiagnosis.



Demensia permulaan muda nampaknya semakin meningkat di Singapura dan diagnosis awal sangat penting untuk menangani dan mengekalkan keadaan demensia seorang individu.



Tambah ADA, mereka juga perhatikan bahawa ramai keluarga Melayu mungkin tidak mendapatkan diagnosis atau bantuan profesional kerana tanda-tanda dan gejala demensia disebabkan warga emas yang semakin meningkat usia.



"Ini tidak benar; demensia adalah keadaan neurodegeneratif dan bukan merupakan sesuatu yang normal apabila seseorang melanjut usia.



"Bagi masyarakat Melayu di sini, kita lihat melalui panggilan talian Bantuan Demensia bahawa kebanyakan pertanyaan mereka menerima adalah daripada pengasuh atau ahli keluarga yang prihatin dan melaporkan gejala-gejala demensia permulaan muda bagi.



"Dari ini, kes-kes ini kadangkala sudah didiagnosis secara formal dan ada yang masih belum didiagnosis," kata ADA.



MENDEKATI MASYARAKAT



Menghulur bantuan kepada mereka yang menghidap demensia serta keluarga mereka, ADA mempunyai pusat jagaan harian demensia, yang lebih dikenali sebagai New Horizon Centers (NHCs), yang terletak di Toa Payoh, Tampines, Jurong Point dan Bukit Batok.



Semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) tahun lalu, NHC (Bukit Batok), dilantik oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk menjadi salah satu Pusat Penjagaan Warga emas yang ditetapkan di Singapura.



Di pusat jagaan NHCs, setiap individu mempunyai rancangan penjagaan mereka tersendiri.



Antara aktiviti yang dijalankan di sana termasuk terapi pekerjaan dan fisioterapi, senaman berkumpulan, permainan berkumpulan dan individu, terapi ingatan, aktiviti riadah dan hobi serta perjalanan dan lawatan.



Selain daripada menawarkan sokongan bagi mereka yang menghidap demensia, ADA turut membantu pengasuh dan keluarga mempelajari lebih banyak mengenai demensia dan bagaimana untuk menanganinya.



Ini termasuk ADA Academy serta Kumpulan Sokongan Pengasuh.



"Melalui ADA Academy yang menyediakan kursus latihan, kami juga melibatkan dan mendidik orang ramai dan mereka yang berada dalam masyarakat demensia termasuk pengasuh keluarga, pembantu rumah asing, pengasuh profesional dan profesional industri lain.



"Selain itu, Kumpulan Sokongan Pengasuh kami, yang diadakan dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu, kekal menjadi salah satu perkhidmatan yang paling banyak digunakan orang ramai.



"Ini kerana ia menyediakan ruang yang selamat bagi pengasuh untuk meluahkan perasaan mereka, bertukar tip-tip penjagaan dan mendapat manfaat daripada ceramah bermaklumat berkaitan demensia oleh pakar," jelas ADA.



Namun, ketika Singapura dilanda Covid-19, ADA telah beralih untuk menawarkan webinar maya, perkhidmatan perundingan dan sesi kumpulan sokongan.



"Sebagai contoh, salah satu program berasaskan masyarakatkami yang paling popular, Memories Cafe, dialihkan dalam talian untuk memastikan keselamatan tetapi memperoleh penglibatan yang lebih baik di tengah wabak tersebut.



"Sesi maya mingguan, yang disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube ADA, menampilkan aktiviti menyanyi, memasak atau bergerak yang mudah diikuti dari keselesaan rumah pelanggan kami," kata ADA.



MENINGKAT KESEDARAN MENGENAI DEMENSIA



Meskipun Singapura kini sedang menuju ke arah masyarakat inklusif demensia, masih banyak yang harus dilakukan untuk mengurangi stigma demensia dan persepsi negatif yang dimiliki masyarakat, menurut ADA.



Menjawab bertanyaan Berita Minggu (BM), ADA berkata masih terdapat stigma dan persepsi yang negatif terhadap demensia daripada orang awam hingga ke pengasuh kepada seorang yang menghidap demensia.



Untuk mengatasi salah tanggapan ini dan stigma demensia, ADA berkongsi, ia penting untuk terus mendidik orang ramai dan mereka yang berada dalam masyarakat demensia juga.



"Ini termasuk meningkatkan kesedaran mengenai tanda-tanda dan gejala demensia, tingkah laku seseorang yang berbeza pada tahap demensia yang ringan, sederhana dan maju, dan mitos keadaan.



"Ini membolehkan orang ramai mengenal pasti penghidap demensia dan memberi mereka bantuan tepat pada masanya jika perlu.



"Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam masyarakat perniagaan di Singapura untuk menyediakan sekitaran yang inklusif bagi mereka yang menghidap demensia," ujar ADA.



Memandangkan peningkatan jumlah mereka yang menghidap demensia (sama ada bersendirian atau dengan pengasuh), dan juga peningkatan demensia permulaan muda, semakin banyak perniagaan tidak lama lagi akan mempunyai pelanggan dan pekerja mereka sendiri yang terjejas oleh keadaan ini, kata ADA.



Tambahnya, dengan meningkatkan kesedaran mengenai demensia sebagai isu perubatan dan sosial, perniagaan di Singapura boleh perlahan-lahan menuju ke arah menyediakan sekitaran yang inklusif bagi mereka yang menghidap demensia juga.




Tanya jawab



Soalan: Apakah jenis-jenis penyakit demensia?



Jawapan: Demensia adalah istilah umum yang menerangkan pelbagai simptom seperti kehilangan daya ingatan dan penurunan kekuatan mental.



Terdapat dua jenis demensia yang biasa: Penyakit Alzheimer dan Demensia vaskular.



Dalam penyakit Alzheimer, permulaan simptom dan perkembangan penyakit berlaku secara beransur-ansur.



Walaupun penyebabnya masih belum diketahui, penyelidikan sekarang menunjukkan bahawa ada kecenderungan keluarga dan kekurangan bahan kimia tertentu di dalam otak.



Sejauh ini, belum ada penawar perubatan yang diketahui untuk penyakit demensia.



Demensia vaskular berpunca daripada serangkaian strok di otak dan ia juga dikenali sebagai demensia pasca-strok.



Soalan: Apa yang boleh saya lakukan sekiranya seseorang yang dikenali menunjukkan simptom demensia?



Jawapan: Beliau harus berjumpa doktor untuk penilaian dan diagnosis.



Dapatkan pemahaman mengenai demensia.



Doktor anda boleh menghubungkan anda dengan orang yang boleh membantu.



Sekiranya anda seorang penjaga, dapatkan sokongan.



Menjaga penderita demensia memang mencabar dan boleh membuat seseorang penjaga lelah secara fizikal dan emosi.



Berusaha untuk membincangkan masalah anda.



Pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Jaga kesihatan fizikal dan mental anda sendiri.



Sokongan kumpulan adalah penting. Berjumpalah dengan orang lain yang juga merawat penghidap demensia.



Berkongsi pengalaman mampu memberikan sokongan kepada penjaga.



Dapatkan nasihat pakar terutamanya untuk mengatasi tingkah laku yang mencabar.



Sumber: Lelaman Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA) di www.alz.org.sg.




ADA SOALAN TENTANG DEMENSIA?



ANDA mempunyai soalan tentang demensia atau isu berkaitan penuaan? Atau anda sekadar ingin berkongsi kisah atau pengalaman mengenai isu ini? Sila hantar soalan dan maklumat kepada Natasha Mustafa di emel nmustafa@sph.com.sg. Soalan akan dirujuk kepada pakar bagi jawapannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >