Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ada syarikat, pertubuhan tawar khidmat harga rendah

Feb 8, 2022 | 5:30 AM
MASIH ADA TAWARAN MURAH: Beberapa syarikat tempatan seperti Mukminah Services Trading masih menawarkan khidmat pengurusan badal haji yang murah untuk tahun ini, meskipun kos pengurusan haji untuk jemaah tempatan Saudi melonjak tinggi. - Foto FACEBOOK/MUKMINAH-SERVICES-TRADING
MASIH ADA TAWARAN MURAH: Beberapa syarikat tempatan seperti Mukminah Services Trading masih menawarkan khidmat pengurusan badal haji yang murah untuk tahun ini, meskipun kos pengurusan haji untuk jemaah tempatan Saudi melonjak tinggi. - Foto FACEBOOK/MUKMINAH-SERVICES-TRADING -

MASIH ada syarikat dan pertubuhan yang menawarkan khidmat badal haji dengan harga rendah.

Ini meskipun syarikat yang menjadi ejen penyedia pakej haji dan umrah (GSA) utama di sini menggantung khidmat tersebut.

Pemeriksaan akhbar ini mendapati masih ada syarikat dan pertubuhan agama di sini menawarkan khidmat badal haji serendah $870 hingga $1,500 seorang sekarang.

Harga sedemikian tidak jauh beza daripada harga yang ditawarkan kebanyakan GSA semasa prapendamik - rata-rata tidak melebihi $2,500 seorang.

Secara umum, syarikat atau GSA yang menawarkan khidmat badal haji menggunakan pegawai berpengalaman di sini atau di Tanah Suci untuk melakukannya.

Syarikat Mukminah Services & Trading (Singapura) umpamanya, menawarkan khidmat badal haji dengan harga $870 seorang.

Semasa dihubungi, Cik Selamah Buang (Saly Daneal) berkata, khidmat badal haji dan badal umrah yang ditawarkan syarikatnya akan diuruskan oleh mutawif di Makkah.

"Pakej kami mengikut maklum balas jemaah adalah yang termurah, sebab pakej kami tidak disertakan dengan hadiah barang-barang lain seperti Al-Quran, sejadah, jam dinding, tasbih, sijil dan lain- lain.

"Mengikut pendapat kami, barang-barang (berupa) hadiah tidak perlu. Bagi yang berkemampuan mungkin boleh buat pilihan, tetapi kami hanya bantu menguruskan.

"Yang penting (sekali), semoga ramai yang dapat memberikan keluarga mereka badal haji/badal umrah pada tahun ini. Dengan keadaan ekonomi dalam pandemik Covid-19 ramai yang terjejas, jadi pakej yang kami sediakan lebih memadai kepada ramai," katanya.

Syarikat Nareza Management Services yang memuatnaik tawaran Badal Haji pada 18 Januari lalu di laman Facebooknya pula menawarkan dua jenis pakej:

▶ Pakej 'Asas' berharga $1,000; dan,

▶ Pakej 'A' bernilai $1,500 bagi setiap satu nama

Kedua-dua syarikat ini menawarkan harga lebih rendah daripada kos pelaksanaan haji yang ditetapkan kerajaan Saudi ke atas penduduk tempatan tahun lalu - antara $4,340 hingga $5,935 seorang.

Ketika dihubungi, pihak Nareza mengesahkan tawaran "masih dibuka" dan "bayaran boleh dilunaskan sekarang atau perlu dijelaskan pada akhir Jun ini".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg