Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

AI, pekerja platform dan gaji rendah perlu perhatian: Presiden Halimah

Kesihatan mental, golongan kurang upaya dan kepimpinan wanita turut disentuh Puan Halimah semasa dialog makan malam Institut Kajian Dasar (IPS)
Jun 27, 2023 | 04:39 PM



Kecerdasan buatan (AI), pekerja platform dan pekerja bergaji rendah – itulah tiga isu utama berkaitan mata pencarian dan ekonomi warga Singapura yang patut menjadi kebimbangan bagi pembuat dasar, menurut Presiden Halimah Yacob.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog yang diadakan pada majlis makan malam bagi meraikan ulang tahun ke-35 Institut Kajian Dasar (IPS) di Hotel St Regis pada Isnin.

Dialog tersebut dikendalikan pengarah SPH Media Trust dan juga felo S R Nathan ke-11 , Encik Patrick Daniel.

Akur bahawa AI akan memberi kesan terhadap pekerjaan, sejauh mana dan bagaimana kesan tersebut masih menjadi tanda tanya yang belum terjawab dengan baik, kata Puan Halimah.

“AI, pada pendapat ramai orang, akan menggantikan pekerja berkolar putih.

“Tetapi kita masih perlu cuba fikirkan dengan mendalam, bagaimana ia akan menjejas tenaga kerja kita.

“Adakah kita perlu tambah kemahiran mereka atau pastikan mereka mendapatkan kemahiran baru dan sebagainya untuk mempersiapkan mereka hadapi perubahan,” ujar beliau.

Pun begitu, AI ada kelebihannya, lebih-lebih lagi dengan penduduk negara ini yang semakin menua kerana ia dapat membantu meningkatkan produktiviti Singapura, tambahnya.

Kedua, Puan Halimah berkata beliau bimbang tentang pekerja platform kerana risiko yang sepatutnya ditanggung majikan dalam pasaran tenaga kerja kini berpindah ke atas bahu pekerja.

Memberi contoh, beliau berkata jika kenderaan yang digunakan pekerja platform untuk menghantar barangan rosak, ia kini menjadi kos yang harus ditanggung pekerja itu sendiri dan bukan kos perniagaan bagi syarikat platform.

“Jadi kita sebagai satu masyarakat perlu melihat bagaimana kita ingin mengimbangi semula situasi ini melalui undang-undang atau dasar-dasar tertentu.

“Saya harap akan ada kesepakatan... sebab perlu ada perlindungan bagi mereka yang ingin mencari rezeki,” kata Puan Halimah.

Kebimbangan ketiga, katanya, ialah terhadap pekerja bergaji rendah.

Beliau akur terdapat banyak usaha yang telah dilakukan untuk memperbaiki kehidupan pekerja sedemikian, misalnya dengan adanya Model Gaji Progresif (PWM).

“Tetapi kita perlu melakukan semua ini dengan lebih cepat lagi kerana jika tidak, kos sara hidup akan menjadi terlalu teruk untuk mereka tangani,” tekan Puan Halimah.

ISU DEKAT DI HATI

Semasa dialog itu juga, Puan Halimah ditanya Encik Daniel isu yang paling dekat di hatinya, memandangkan beliau banyak memperjuangkan isu-isu sosial sepanjang menyandang jawatan Presiden.

Menjawab, Puan Halimah berkata kesihatan mental dan golongan kurang berupaya merupakan antara isu terpenting baginya.

Beliau gembira dengan pelancaran program baru oleh Cabaran Presiden dan Institut Kesihatan Mental (IMH) yang diberi nama SYiNC (Menyokong Belia dalam Masyarakat) yang menyaksikan empat agensi perkhidmatan sosial dilatih oleh IMH untuk menyediakan intervensi dan sokongan psiko-sosial kepada belia berusia antara 13 dengan 19 tahun yang menghadapi isu kesihatan mental.

Beliau turut gembira dengan adanya ikrar daripada majikan untuk memberi kerja kepada dan memastikan tempat kerja yang mesra pekerja kurang upaya.

PEMIMPIN WANITA

Selain itu, Puan Halimah menyentuh isu pembangunan wanita dan kepimpinan wanita di tempat kerja.

Seperti yang pernah beliau tekankan, Puan Halimah menyentuh tentang beban penjagaan yang seringkali menjadi tanggungjawab golongan wanita.

Ini merupakan antara sebab yang menghambat kerjaya ramai wanita, katanya.

“Seringkali disebabkan tanggungjawab penjagaan, wanita perlu kerja dari rumah atau terpaksa berhenti kerja dan ini menimbulkan masalah yang tersendiri kerana apabila tanggungjawab penjagaan ini sudah selesai, mereka tidak ada pendapatan untuk menjaga diri mereka sendiri,” ujar beliau.

Beliau juga berkata masih kurang wanita yang memegang jawatan tinggi atau tertinggi syarikat.

“Saya fikir terdapat banyak isu struktur sistemik di tempat kerja.

“Misalnya, apabila tiba masa untuk mencari seorang pemimpin syarikat, tidak terlintas dalam fikiran ramai bahawa mereka patut memberi peluang kepada calon wanita yang layak,” katanya.







RANCANGAN MASA DEPAN

Dalam pada itu, ditanya Encik Daniel apakah rancangan beliau selepas menjadi Presiden, Puan Halimah berkata dengan ringkas:

“Saya akan bersara.”

Namun, Puan Halimah menambah bahawa beliau mungkin masih akan membantu memperjuangkan isu-isu yang telah diperjuangkannya selama ini.

“Jika saya boleh meminjamkan suara saya, saya akan melakukannya. Sudah tentu, dalam apa cara sekalipun saya boleh menyumbang, saya akan berbuat demikian kerana saya fikir setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan dalam masyarakat,” ujar Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >