Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Aktif bantu pekerja bergaji rendah bangkit lebih kukuh

Aug 08, 2021 | 05:30 AM



PERASAAN Encik Monteiro Mohamad Azhar Abdul Aziz, berkecamuk apabila dirinya ‘dituduh’ menghabiskan masa melahu atau tanpa tujuan – meskipun pada ketika itu beliau sedang berbincang dengan seorang rakan setugas mengenai hal tugasan harian.



Akibatnya butiran peribadinya disalur kepada jabatan Sumber Manusia (HR) untuk tindakan lanjut. 



Menyusuli kejadian tersebut, jejaka berusia 30 tahun itu telah mendapatkan nasihat daripada pengurusnya yang kemudian menasihatkannya agar mengajukan hal itu kepada pihak pengurusan.



“Saya rasa layanan yang saya terima pada ketika itu tidak setimpal dan agak kurang adil.



“Adakah perbincangan mengenai tugasan harian mengundang kesalahan?



“Atas hal itu, mereka hendak mengambil tindakan lanjut,” kata beliau yang ketika itu merupakan seorang buruh kasar.



Mujur baginya tiada tindakan susulan dikenakan ke atasnya berhubung hal tersebut, cerita beliau semasa ditemuramah.



Kebetulan pada ketika itu beliau dipelawa menyertai sebuah kesatuan sekerja oleh seorang pemimpin kesatuan.



Baginya ini bak satu peluangnya menyuarakan apa yang beliau rasakan perlu bagi melindungi dan memperjuangkan hak pekerja – terutama mereka yang bergaji rendah.



Sejak itu, jejaka bujang yang kini bekerja dalam bidang pengurusan kemudahan, terus aktif dengan penglibatannya dalam kesatuan sekerja. Beliau kini Pengerusi Cawangan CWT di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Malah, sejak menjadi anggota kesatuan, beliau telah menganjurkan banyak kegiatan bagi para pekerja bergaji rendah.



Antara yang paling diingatinya ialah Hari Penghargaan bagi para pekerja di tempat kerja lamanya – yang kini masih lagi diteruskan meskipun beliau tidak lagi di sana.



Di atas penglibatannya yang aktif, Encik Monteiro telah dipilih untuk menganggotai Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi Pekerja Bergaji Rendah (LWW) yang membantu menyokong kenaikan gaji dan peningkatan pekerja bergaji rendah.



Ia merupakan antara empat bidang utama yang digariskan oleh AfA itu dan merupakan antara 26 AfA pelbagai bidang yang dibentuk sejak setahun lalu.



AfA itu bertujuan bekerjasama dengan rakyat setempat dalam mewujudkan huraian agar Singapura dapat kekal lebih kukuh pasca pandemik.



Bagi mencapai usaha itu, rakyat Singapura dari pelbagai bidang bersatu untuk berbincang dalam Siri Perbincangan untuk Bangkit Lebih Kukuh (ESC) Singapura Bersama.



Dibentuk pada Oktober tahun lalu, Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah atau TWG-LWW meneliti isu pekerja bergaji rendah.



Ia dipengerusikan oleh Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad. Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Chee Hong Tat, mewakili kesatuan sekerja, manakala Timbalan Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), Encik Douglas Foo, pula mewakili para majikan.



Anggotanya terdiri daripada 50 individu daripada pelbagai latar belakang termasuk wakil-wakil kesatuan pekerja, perniagaan, kumpulan masyarakat dan belia.



TWG-LWW bertujuan menyarankan campur tangan dan mekanisme bagi meningkatkan gaji dan kemaslahatan pekerja bergaji rendah. 



Mengulas mengenai satu projek yang beliau jalankan bersama AfA itu, #LetsGREET, di laman Instagram My Everyday Hero SG, Encik Monteiro berkata ia bertujuan untuk memulakan gerakan untuk menghargai pekerja perkhidmatan penting dalam kehidupan harian kita.



Inisiatif #LetsGREETmembawa makna Ayuh (G) Kenali pekerja bergaji rendah dengan lebih mendalam; (R) Hargai; (E) Memberi galakan; (E) Memperkasa; dan (T) Ucapkan terima kasih. 



“Inisiatif ini memberi peluang mengubah sikap masyarakat agar mereka terus mendekati kakitangan perkhidmatan penting yang berada di sekeliling kita.



“Sememangnya ia satu inisiatif kecil, tapi ia tetap membuat ramai mengukir senyuman dan berasa gembira.



“Ini meskipun kita hanya berbual dan sampaikan nota ringkas kepada mereka, pasukan kami dapat lihat bagaimana ia meningkatkan semangat golongan bergaji rendah itu,” jelasnya.



>  Rencana ini dibawakan oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY)




Perikatan untuk Bertindak (AfA)



– Sebanyak 26 Perikatan untuk Bertindak (AfA) Singapura Bersama diumumkan tahun lalu dengan tujuan menjadi rakan warga Singapura dalam mencipta bersama inovasi dan huraian meliputi bidang seluas sosial dan ekonomi, agar Singapura boleh muncul lebih kukuh daripada pandemik.



– AfA Singapura Bersama ini akan menyatukan warga Singapura dalam sektor awam, privet dan orang ramai, bagi mengambil tindakan meliputi 15 tema yang dikumpul daripada para peserta siri ESC Bersama Singapura.



– Lebih banyak peluang penyertaan serta perbincangan lebih mendalam akan disediakan untuk warga Singapura bagi melibatkan diri dalam Singapura Bersama.



– Dilancarkan pada Jun 2019, Singapura Bersama merupakan pendekatan pemerintahan yang melibatkan warga Singapura dalam mencipta masa depan kita bersama.



– AfA Singapura Bersama dilaporkan menunjukkan kemajuan dalam topik-topik bertema yang berbeza sebagai sebahagian daripada usaha Singapura untuk bangkit lebih kukuh daripada pandemik.



– Antaranya, AfA Singapura Bersama berkaitan Pekerja Bergaji Rendah, menyasarkan untuk meningkatkan gaji dan menyokong kemaslahatan para pekerja bergaji rendah.



– Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh yang memulakan AfA meliputi sembilan industri bagi menguji idea dalam sekitaran ekonomi, telah mengeluarkan lima saranan utama dalam laporannya Mei lalu.



– Saranan-saranan tersebut telah diterima Majlis Ekonomi Masa Depan (FEC) dan akan dilibatkan dalam kerja FEC.



– Kerja satu lagi AfA, Pasukan Bertindak Selepas COVID-19, telah selesai dan pasukan bertindak itu mengeluarkan sarananya pada Mei lalu dengan panduan terperinci tentang bagaimana sektor perkhidmatan sosial boleh menghasilkan daya tahan dalam jangka panjang.




MEMBINA SINGAPURA BERSAMA



AfA bagi LWW merupakan antara 26 kumpulan kerjasama yang merangkumi orang awam serta sektor awam dan privet yang dibentuk untuk menangani pelbagai isu yang diutarakan semasa ESC Singapura Bersama.



Dilancarkan pada Jun tahun lalu, ESC disertai oleh lebih 17,000 warga Singapura yang telah berkongsi pengalaman mereka mengharungi pandemik Covid-19 serta idea mereka bagi ekonomi dan masyarakat pasca pandemik ini.



Daripada perbincangan ini, ramai juga telah berkongsi aspirasi bersama mereka untuk membina sebuah negara yang prihatin, adil dan saksama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >