Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Aktiviti berbasikal pererat hubungan bapa dan anak

Ia turut rangsang percakapan dan bina kosa kata anak yang sedang membesar
May 15, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS beberapa jam 'menggali' aplikasi Carousell pada cuti hujung minggu Hari Pekerja lalu, seorang penduduk dari Teban Gardens sudi menjual sebuah basikal jenis 'city bike' kepada saya dengan harga lebih kurang $200.



Lagi seorang 'Mat Salleh' dari Joo Chiat pula bersetuju melepaskan boncengan basikal buatan sebuah syarikat dari Belanda dengan harga sekitar $60.



Basikal ala 'vintage' jenama Bridgestone dari Jepun inilah yang dipanggil puteri saya berusia 19 bulan sebagai 'bacey', atau kadang-kadang 'acey.'



Saya membeli basikal ini supaya saya dan isteri dapat membawanya berjalan-jalan di sekitaran kejiranan kami di Pasir Ris, termasuk ke kawasan pesisiran pantai Taman Pasir Ris dan Changi dan tempat beriadah Downtown East.



Ia juga satu kegiatan yang kami harap dapat merangsangkan percakapan dan membina kosa kata anak pertama saya itu.



Sebab dia sudah berada di peringkat membesar yang mana dia akan meniru segala perbuatan dan percakapan orang di sekelilingnya - satu kegiatan yang dipanggil 'parroting' dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada tingkah laku seekor burung kakak tua.



Dengan menunjuk-tunjuk objek yang dilihat ketika mengayuh, seperti laut, lori, bas, kereta, burung, ayam dan lain-lain lagi, dia akan cuba mengikutnya.



Selain itu ia juga dapat menarik minatnya terhadap sekitaran semula jadi dan bermain di luar.



Apabila nampaknya ayam berkokok di tepi laluan pejalan kaki di Taman Pasir Ris, anak saya akan menjerit "ayam!"



Jika sudah sampai dekat tepi pantai dia akan berkata "aut (laut)".



Apabila ternampak anjing, dia menyebut "woof, woof!"



Tetapi, selain daripada manfaat kegiatan ini dalam menggalak percakapan dan sifat ingin teroka, ada kebaikan yang jauh lebih bermakna bagi ibu bapa dengan anak.



Sebenarnya, kegiatan ini saya dapat inspirasi dari ayah saya sekitar 30 tahun lalu, yang rajin membawa saya di sekeliling Pasir Ris dengan basikal Martini berwarna merah tua pada hari cutinya.



Meskipun saya tidak mempunyai ingatan jelas terhadapnya kerana masih kecil, ia adalah satu aktiviti yang membawa kesan mendalam terhadap tanggapan saya terhadap seorang ayah.



Bagi saya, seorang ayah ialah contoh teladan dan tokoh berinspirasi.



Beliau seorang yang meluangkan masa bagi anak dan isteri tanpa menunjukkan rasa letih, meskipun penat bekerja.



Beliau akan sentiasa cuba mencari masa untuk berada di sisi anak dan isteri dengan penuh keikhlasan atas sayang yang tidak ternilai kepada keluarganya.



Di situlah saya juga dapat tahu, tanggapan saya itu tidak wujud dengan begitu sahaja.



Pelbagai kajian telah dijalankan yang menunjukkan manfaat seorang ayah terhadap pembesaran seorang anak.



Sumber rujukan dari laman HealthHub, kendalian Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menyatakan kehadiran seorang ayah membawa kesan mendalam terhadap perkembangan psikososial anak.



Kajian telah menunjukkan apabila seorang anak membina hubungan erat dengan ayahnya, dia akan rasa lebih yakin dari segi emosi, dan lebih berani untuk meneroka sekitarannya dan juga berupaya berkawan dengan lebih baik apabila sudah dewasa nanti.



Kata laman itu, ayah yang giat meluangkan masa untuk bermain dengan anak-anak mereka juga berupaya menawarkan kesan positif terhadap prestasi pelajaran anak mereka dan membolehkan anak mereka mengawal emosi dan tingkah laku dengan lebih baik.



Mujur juga dalam perbincangan saya bersama teman, ia dapat diperhatikan bahawa golongan ayah kini semakin rela meluangkan masa dan melibatkan diri dalam urusan pembesaran anak.



Ini sepatutnya dipikul secara automatik oleh golongan ayah sejurus mereka membuat pilihan untuk mendapatkan seorang anak - bukan menyerahkan tanggungjawab itu kepada golongan ibu sahaja.



Jadi berbalik kepada cerita 'acey' dari Carousell saya.



Sehingga kini setiap kali saya bangun dari lena sekitar 7 atau 8 pagi puteri kecil saya itu akan membawa topi keledar berwarna merah jambunya kepada saya untuk dipakaikan di kepalanya.



Dia akan berkata "elmet (helmet)" dan menunjukkan jarinya ke koridor luar rumah di mana terletaknya basikal itu.



"Papa nak acey, papa nak acey!" ulang si kecil lagi.




" Sebenarnya, kegiatan ini saya dapat inspirasi dari ayah saya sekitar 30 tahun lalu, yang rajin membawa saya di sekeliling Pasir Ris dengan basikal Martini berwarna merah tua pada hari cutinya.



Meskipun saya tidak mempunyai ingatan jelas mengenainya kerana masih kecil, ia adalah satu aktiviti yang membawa kesan mendalam kepada tanggapan saya mengenai seorang ayah.



Bagi saya, seorang ayah ialah contoh teladan dan tokoh berinspirasi.



Beliau seorang yang meluangkan masa bagi anak dan isteri tanpa menunjukkan rasa letih, meskipun penat bekerja.



- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >