Alam semula jadi SG diancam hobi 'trekking'
Pakar: Pelawat berlebihan boleh akibatkan kerosakan, hakisan dan jejas haiwan liar
Kegiatan 'trekking' dan menerokai taman dan kawasan alam semula jadi tempatan kian menjadi kegemaran sedang pandemik Covid-19 berpanjangan. Namun, ia membawa kepada perhimpunan ramai di kawasan itu. Malah, perbuatan sesetengah orang yang lebih gemar menjelajah tapak 'belum disentuh' atau di luar laluan rasmi membawa kepada tindakan penguatkuasaan, dan kemalangan di tempat sedemikian semakin meningkat. BERITA HARIAN mendapatkan komen pakar dan orang berpengalaman mengenai trend ini, serta keprihatinan yang perlu diambil tahu sebelum 'masuk hutan', di halaman ini dan berikut
KESAN buruk akan berlaku jika taman dan kawasan alam semula jadi di sini terus menerima terlalu ramai pengunjung, kata beberapa pakar.


