Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Amal kehidupan 'Sifar Sisa'

Pelakon, pengacara Munah Bagharib antara personaliti amalkan cara hidup kurangi sisa
Oct 18, 2020 | 05:30 AM



YEStival, pesta dalam talian yang akan diadakan sepanjang lima hari, akan merai dan mempromosikan tindakan yang ramai boleh lakukan untuk mengurangi sampah dan pembaziran. Usaha ini merupakan sebahagian daripada kempen Say YES To Waste Less (SYTWL) yang dilancarkan oleh Agensi Sekitaran Nasional (NEA). BERITA MINGGU menemu ramah beberapa personaliti yang terlibat dalam kempen ini. Ikuti laporan berikut.



DENGAN meningkatnya jumlah gerakan mengurangkan sampah atau zero-waste (sifar sisa) di Singapura, ia telah mendorong lebih ramai individu untuk mengambil langkah proaktif dalam kehidupan harian mereka.



Antara mereka yang terdorong untuk menjalani gaya hidup zero-waste adalah pelakon Munah Bagharib.



Berkongsi dengan Berita Minggu (BM) baru-baru ini, Munah berkata salah satu cara beliau berusaha membuat perubahan itu adalah dengan lebih membeli barangan dengan membuat pilihan bermaklumat (informed choice) seperti pakaian.



"Contohnya pilihan kita untuk membeli satu baju itu mungkin boleh mempengaruhi banyak perkara dari segi persekitaran, pekerjaan dan lain-lain lagi.



"Jadi dengan kita tahu sesuatu tentang pilihan kita itu, ini adalah masanya untuk melakukan pilihan yang betul.



"Untuk melakukan pilihan itu, pengetahuan dan informasi adalah penting. Dengan adanya pengetahuan, kita secara perlahan-lahan dapat membuat keputusan yang tepat di lain masa,'' kata personaliti berusia 31 tahun itu.



Munah, juga seorang pengacara, telah menceburi kehidupan 'mengurangkan sisa' sejak tahun lalu.



Meskipun beliau baru sahaja menceburi gaya hidup ini, Munah berharap dapat mendorong lebih ramai untuk turut mengambil langkah tambahan mengurangi sampah.



Munah merupakan salah satu daripada beberapa personaliti tempatan yang terlibat dalam kempen NEA, 'Say YES To Waste Less (SYTWL)' untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura menjalani gaya hidup lestari dengan mengurangi sampah.



"Saya rasa lebih ramai perlu mengetahui mengenai keadaan sekarang. Apabila ramai mengetahui mengenai akibat atau mempelajari bagaimana mereka dapat mengurangkan atau mengitar semula dengan cara yang mudah, saya rasa ramai akan melakukannya," kata Munah.



Mengambil langkah kecil seperti membawa beg yang boleh digunakan semula ke pasar adalah sesuatu yang ramai boleh mempraktikkan dalam rutin harian mereka, tambah Munah.



"Saya berharap dapat mengongsi panduan yang saya telah pelajari ini.



"Ia mungkin sukar untuk melakukannya pada peringkat awal. Bagaimanapun, kebiasaan seperti ini perlu dipupuk sejak awal.



"Yang penting adalah untuk mempunyai minda yang terbuka dan mula untuk melakukan perkara yang kecil dan bersama kita dapat membuat perubahan lebih besar,'' kata Munah lagi.




"Ia mungkin sukar untuk melakukannya pada peringkat awal. Bagaimanapun, kebiasaan seperti ini perlu dipupuk sejak awal. Yang penting adalah untuk mempunyai minda yang terbuka dan mula untuk melakukan perkara yang kecil dan bersama kita dapat membuat perubahan lebih besar.''
- Pelakon, pengacara Munah Bagharib.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >