Topik diikuti
Pergi ke BHkuAneka masyarakat berjaya
Seminar Prapersidangan Antarabangsa Masyarakat Berjaya (ICCOS) diadakan pada Sabtu lalu dan menghimpunkan cendekiawan setempat dan antarabangsa yang membincangkan cara masyarakat Islam dapat berkembang maju dalam masyarakat sekular. Antara mereka yang menyertai perbincangan ini ialah mantan Menteri Ehwal Agama Indonesia, Profesor Muhammad Quraish Shihab. Berikut sedutan kertas kerja yang dibentangnya.

KUPAS KONSEP MASYARAKAT BERJAYA: Profesor Muhammad Quraish Shihab membentangkan kertas kerjanya secara maya di Seminar Prapersidangan Antarabangsa Masyarakat Berjaya (ICCOS) pada Sabtu lalu. - Foto MUIS
Nov 12, 2021 | 5:30 AM
Aneka masyarakat berjaya
DALAM membincangkan tentang masyarakat berjaya, kita perlu melihat penjelasan Al-Quran tentang makna masyarakat berjaya, yang diredai-Nya.
Mengenai masyarakat, Al-Quran menggunakan beberapa perkataan seperti 'jemaah', 'kaum', dan 'umat'.