JAWATANKUASA Fatwa Singapura dibentuk oleh pemimpin agama dan golongan cendekiawan Muslim setempat dengan pengalaman dan kepakaran yang luas.
Jawatankuasa itu terdiri daripada lima anggota penuh termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir sebagai pengerusi.
Anggota penuh lain ialah Ustaz Ali Mohamed, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, Ustaz Fathurrahman M Dawoed dan Ustazah Dr Rohana Ithnin.
Jawatankuasa itu turut merangkumi anggota bersekutu - termasuk Timbalan Mufti Ustaz Mohd Murat Md Aris dan Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan serta Ustaz Dr Badrul Fata Muhd Ridwan, Ustaz Dr Firdaus Yahya, Ustaz Dr Mohamed Ali, Ustaz Dr Mohammad Rizhan Leman, Ustazah Dr Sakinah Saptu, Ustaz Dr Shaik Ahmad Syed Buhari, Ustaz Ahmad Haris Suhaimi, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, Ustaz Kamaruzaman Afandi, Ustaz Mahmoud Mathlub Sidek, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd Yusoff, Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, Ustaz Muhammad Ma'az Sallim, Ustaz Muhammad Saiful 'Adli Ayob, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman dan Ustazah Siti Nur 'Alaniah Abdul Wahid.
Menurut laman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Jawatankuasa Fatwa membantu Mufti dalam proses pertimbangan fatwa dan memastikan ia dipertimbangkan dengan menyeluruh.
Kesemua anggota jawatankuasa itu dilantik oleh Presiden Singapura.
Anggota jawatankuasa itu sekarang berkhidmat bagi tempoh tiga tahun dari 2019 hingga 2022.
Dalam satu wawancara dengan akhbar ini baru-baru ini, Dr Nazirudin berkata anggota Jawatankuasa Fatwa itu sama-sama bergerak dalam memikirkan isu yang dihadapi.
"Mereka adalah asatizah dan cendekiawan yang terlatih dalam bidang agama dan pembahasan syariah.
"Mereka memberikan maklum balas dan perspektif bukan sahaja dari segi teori dan pengajian mereka tetapi juga pengalaman mereka dengan masyarakat.
"Ini membawa perspektif yang sangat kritikal untuk kita benar-benar menggarap sesuatu isu itu dengan sesempurna mungkin agar panduan yang diberikan itu bertepatan dengan cabaran ataupun masalah yang dihadapi," ujarnya.
Dr Nazirudin berkata Jawatankuasa Fatwa membincangkan isu yang dihadapi dengan mendalam dan merujuk kepada pakar dalam bidang tersebut dan kemudian mencapai satu keputusan dari segi panduan yang dikeluarkan.
Mereka kemudian berbincang dengan asatizah yang bukan sebahagian Jawatankuasa Fatwa untuk berkongsi tentang panduan dalam bentuk fatwa yang ingin dikeluarkan dan meminta maklum balas daripada mereka agar dapat sama-sama bergerak mendidik masyarakat.
Meskipun keputusan yang dibuat itu merupakan tanggungjawab Jawatankuasa Fatwa, usaha membentangkannya kepada masyarakat dan mendidik masyarakat itu memerlukan usaha sama asatizah lain, ujar Dr Nazirudin.
"Oleh itu, berlaku banyak... perbincangan bersama mereka agar kami dapat bertukar pandangan dan mendapat maklum balas bagaimana untuk memperkukuh proses pendidikan awam apabila fatwa itu dikeluarkan," tambahnya.
ANTARA FATWA
FATWA BERKAITAN PENCEGAHAN COVID-19
FATWA BERKAITAN SOLAT JUMAAT SEMASA COVID-19
FATWA BERKAITAN BANK SUSU
FATWA BERKAITAN PEMILIKAN BERSAMA RUMAH (JOINT TENANCY)
Nasihat jawatankuasa fatwa
Pemilikan bersama (joint tenancy)
Hak milik terpisah yang ditentukan kadarnya (tenancy-in-common)
FATWA BERKAITAN SURAT KUASA BERKEKALAN (LPA)
INFOGRAFIK: JAWATANKUASA FATWA


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg