Pengguna Berdaftar
Anugerah rangsang minat bidang fisioterapi
Jan 23, 2022 | 6:40 PM
NENEK PENDORONG UTAMA: Menururt Encik Khairul Rusyaidie Azman, neneknya selalu memberi perangsang dan nasihat kepadanya supaya bersedia melakukan sesuatu di luar zon keselesaan. - Foto BH oleh MOHD KHALID BABA -
SEJAK di bangku sekolah menengah, Encik Khairul Rusyaidie Azman telah membuat keputusan untuk menceburi bidang penjagaan kesihatan.
Beliau mendapat inspirasi daripada dedikasi seorang pakar terapi yang membantu neneknya mengembalikan kemampuannya berjalan setelah lama mengalami osteoartritis (sakit lutut) yang teruk.

