Anugerah tertinggi buat Puan Halimah ‘bagai cembul dapat tutupnya’
Premium
Anugerah tertinggi buat Puan Halimah ‘bagai cembul dapat tutupnya’
Nov 12, 2023 | 9:59 AM
SANJUNGAN WAJAR: Kerana bakti dan khidmatnya yang berterusan dan tidak ternilai kepada Singapura dan rakyatnya, memang wajar sekali mantan Presiden Halimah Yacob dianjung seperti payung, diambak seperti kasur, iaitu dijadikan orang yang sangat dimuliakan. - Foto fail
Mantan Presiden Puan Halimah Yacob dikurniakan anugerah awam tertinggi Singapura – Darjah Utama Temasek (Dengan Kepujian Tinggi) – kerana bakti dan khidmatnya yang berterusan dan tidak ternilai kepada negara ini dan rakyatnya.
Sumbangan Puan Halimah bukan sekejap, tidak sekadar beberapa tahun, sebaliknya lebih 40 tahun, dan jasa serta pencapaian beliau bukan calang-calang, sebaliknya besar dan cemerlang.
Laporan berkaitan
Mantan Presiden Halimah dianugerah penghormatan awam tertinggi negaraOct 29, 2023 | 8:07 PM
Hasil usaha atlet S’pura dalam peribahasaOct 16, 2023 | 1:38 PM

