Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Apa itu badal haji

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



BADAL adalah perkataan bahasa Arab yang jika diterjemahkan ke bahasa Melayu bererti 'ganti', 'pengganti', 'digantikan' atau 'menggantikan'.



Oleh itu, 'badal haji' bermaksud 'ibadah haji' yang diupahkan kepada seseorang untuk dilaksanakan sebagai ganti kerana adanya halangan tertentu seperti sakit, usia tua (uzur) atau kematian ke atas orang yang seharusnya mengerjakan haji.



Bagaimanapun, ibadah badal haji hanya boleh dilakukan oleh mereka yang telah biasa melakukan ibadah haji sahaja.



Terdapat beberapa dalil mengenai pelaksanaan badal haji.



Salah satu daripadanya terkandung dalam 'Riwayat Bukhari'.



Ibnu Abbas ra meriwayatkan, seorang wanita dari (kaum) Juhainah datang menemui Rasulullah saw lalu berkata:



"Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakannya sehingga meninggal dunia. Bolehkah saya berhaji untuknya?"



Jawab Baginda: "Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan."



Ibadah haji adalah Rukun Islam kelima.



Ibadah haji mula diwajibkan pada tahun keenam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:



"Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah." (Surah Al-Baqarah, ayat 196).



Surah Surah Ali-Imran ayat ke-97 juga menyatakan firman Allah swt: "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >