Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Apa kata Ketua Editor kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media

Dec 30, 2022 | 5:30 AM
Encik Wong Wei Kong.
Encik Wong Wei Kong. -

Sedang Berita Harian (BH) menyambut ulang tahunnya yang ke-65, ia boleh berbangga dengan pencapaian dan warisannya. Sebagai satu-satunya akhbar bahasa Melayu di Singapura, ia telah merakam dan berusaha menerangkan cabaran, pencapaian serta kemajuan masyarakat dan negara sepanjang lebih enam dekad lalu. BH juga telah banyak berubah. Ia kini bukan sahaja akhbar dalam bentuk tradisional tetapi turut menyediakan kandungan multimedia di wadah cetak, dalam talian, video dan audio. Sementara BH kekal kukuh dalam masyarakat, ia juga perlu terus berkembang dan mengubah cara mereka menyusun diri, bekerja dan menyampaikan cerita, membangunkan bakat serta memanfaatkan teknologi untuk kekal relevan dengan perubahan pesat bukan sahaja dalam industri media tetapi dalam kalangan pembacanya juga. Saya berharap BH berjaya hadapi cabaran itu dan saya yakin bilik berita BH boleh terus berjaya pada masa akan datang. - Ketua Editor kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM) SPH Media, Encik Wong Wei Kong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg