Premium
Gejala, penularan dan rawatan cacar monyet
Pegawai kesihatan di serata dunia mengeluarkan amaran mengenai peningkatan kes cacar monyet di Eropah dan tempat lain. Jangkitan virus itu lazimnya dilaporkan di Afrika barat dan tengah. Setakat 26 Mei lalu, 257 kes telah disahkan dan 120 lagi kes disyaki cacar monyet dilaporkan di 23 negara. Walaupun ia bukan endemik tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)menggesa negara serata dunia supaya meningkatkan pengawasan serta pemantauan terhadap ancaman jangkitan virus berkenaan.
Jun 6, 2022 | 5:30 AM
KESAN CACAR MONYET: Tapak tangan pesakit yang dijangkiti cacar monyet. - Foto INTERNET -
Apakah itu cacar monyet (monkeypox)
Cacar monyet adalah sejenis virus zoonosis yang jarang kita ketahui. Ia adalah sejenis Orthopoxvirus dari keturunan Poxviridae.

