Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Apple tetapkan matlamat lancar iPhone 5G kos rendah dan iPad pada awal Mac: Laporan

Feb 05, 2022 | 11:57 PM



LOS ANGELES: Apple sedang menetapkan sasaran tarikh pada atau berhampiran 8 Mac untuk mendedahkan iPhone baru berkos rendah dan iPad yang dikemaskinikan, jelas pengamat teknologi, yang memberi gambaran jenama ini bakal memulakan 2022 dengan siri pelancaran produk yang mencatat rekod.



Pengumuman itu menandakan acara besar pertama Apple sejak MacBook Pro baru dilancarkan pada Oktober.



Sepertimana pelancaran terkini syarikat ini yang lain, pelancaran yang bakal diadakan dijadualkan bersifat penyampaian dalam talian dan bukan secara bersemuka dalam satu acara fizikal, jelas pengamat teknologi yang enggan mendedahkan siapa diri mereka.



Pengumuman pada Mac, seiringan dengan berita produk yang bakal membanjiri pasaran dijadualkan pada penghujung 2022 lantas memberi gambaran Apple akan memperkenalkan jumlah peralatan baru paling besar dalam tempoh setahun.



Melihat pada masa yang dirancang masih lagi lebih sebulan, perancangan syarikat Apple mungkin berubah melihat pada tundaan pengeluaran atau perubahan lain. Seorang jurucakap Apple enggan mengulas mengenai rancangan syarikat itu.



Difahamkan telefon baru itu akan menjadi pengemaskinian pertama kepada model iPhone SE dalam masa dua tahun, menambah keupayaan rangkaian 5G, kamera lebih baik dan pemproses lebih cepat. Namun, reka bentuknya dijangka sama seperti versi yang ada kini, yang diperkenalkan pada April 2020.



iPad baru ini, sementara itu, adalah pengemaskinian pada model Air yang memaparkan pemproses lebih cepat dan rangkaian 5G.



Apple juga sedang merancang Mac baru dengan cip rekaan Apple yang mungkin diperkenalkan seawal Mac.



Sebagai tambahan pada mengumumkan alat baru, Apple merancang mengeluarkan iOS 15.4 pada separuh pertama Mac, jelas golongan pengamat teknologi.



Pengemaskinian sofwe ini akan menambah sokongan Face ID buat golongan yang memakai pelitup untuk penggunaan iPhone dan iPad, lantas memudahkan pengguna untuk membuka kunci alat mereka.



Ia juga mempunyai emoji baru dan Kawalan 'Universal', yang membolehkan pelanggan menggunakan satu papan kekunci dan pad penjejak untuk berbilang iPad dan Mac.



Menyusuli acara Mac ini, Apple kemungkinan akan mengadakan Sidang Pembangun Merata Dunia tahunannya pada Jun untuk mengumumkan pengemaskinian sofwe bagi iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch.



Ia kemudian dijadualkan mengadakan berbilang acara dasar pada musim gugur untuk melancarkan iPhone 14 dan Mac baru.



Senarai pelancaran 2022 kemungkinan melibatkan komputer destop iMac dan MacPro baru, MacBook Air yang direka semula, MacBook Pro lebih murah yang dikemaskinikan, tiga Apple Watch, empat model iPhone 14 dan AirPod baru.



Apple juga merancang khidmat baru seperti satu ciri yang membolehkan iPhone menerima bayaran hanya dengan melekap kad kredit pada layarnya.



Apple juga sedang mengusahakan fon kepala realiti campuran bertaraf tinggi yang kemungkinan diperkenalkan tahun depan.



Syarikat ini juga menetapkan matlamat mengumumkan alat ini pada penghujung tahun tetapi cabaran pembangunannya telah menunda masa yang ditetapkan, lapor agensi berita Bloomberg, bulan lalu. - Agensi Berita Bloomberg



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >