Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CATATAN WARTAWAN

Awas kesan slanga pada bahasa anak

Teka apa itu SHRMZB
May 09, 2022 | 05:30 AM



BARU-BARU ini saya telah bertanya kepada anak kedua saya yang berusia sekitar sembilan tahun jika dia tahu di mana beg yang baru dibeli.



Dengan selamba, dia datang ke arah saya dan menjawab, "idk" dan terus berlalu pergi.



Saya macam tergamam sebentar melihat cara dan kelibatnya beredar melintasi saya.



Saya memanggilnya sekali lagi dan bertanya jika dia benar-benar tidak tahu di mana beg tersebut, kali ini dia menjawab "tbh irdk".



Saya macam terkebil-kebil mendengar jawapannya.



Bukan kerana tidak faham apa maksud akronim tersebut, tetapi tidak menyangka bahasa siber ini telah meresap ke cara perbualan fizikal anak muda hari ini.



Bagi mereka yang masih terpinga-pinga, ini dia maksud akronim:



idk - i don't know (saya tidak tahu)



tbh - to be honest (secara jujur)



irdk - i really don't know (saya benar-benar tidak tahu ).



Kerap kali slanga bahasa dalam talian ini mula digunakan anak muda semuda tadika lagi kerana sudah terbiasa mendengarnya terutama apabila bermain 'game' atau video YouTube yang mereka saksikan.



Perkataan seperti 'sus' (singkatan bagi suspicious atau orang yang mencurigakan); 'lit' (ungkapan bagi menggambarkan sesuatu yang menarik atau 'cool'); 'ngl' (akronim bagi 'not gonna lie') kian menjadi antara ungkapan di bibir anak muda Generasi Z (Gen Z) sekarang.



Gen Z merupakan mereka yang dilahirkan di antara tahun 1999 dengan 2015.



Lazimnya bagi ibu bapa perkara pertama yang dilakukan apabila mendengar kata-kata tersebut ialah terus mendapat bantuan kilat daripada Google untuk mencari maknanya.



Malah terdapat juga laman khas Kamus Slanga Dalam Talian atau 'Online Slang Dictionary' bagi membantu ibu bapa mentafsir sesetengah akronim yang digunakan anak-anak mereka hari ini.



Sebagai ibu bapa, kita tiada pilihan tetapi perlu mempelajari makna slanga ini demi memahami apa yang anak-anak perbualkan dan lebih penting lagi, melindungi anak daripada potensi bahaya dalam talian



Tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan slanga dalam talian ini digunakan dalam penulisan di sekolah.



Kita akur bahawa penggunaan sesuatu slanga itu memberi gambaran atau menunjukkan bahawa seseorang itu tergolong dalam sesuatu kumpulan yang memahami penggunaan bahasa tersebut.



Saya teringat semasa zaman saya kekata slanga Inggeris yang kerap kali digunakan antaranya ialah 'sup' (singkatan bagi "what's up?" sebagai kekata yang digunakan apabila bertemu kawan); "talk to the hand" (cara mudah untuk menyatakan "tolong diam") dan 'duh (sebagai memberikan respons kepada sesuatu yang sudah jelas lagi nyata).



Namun slanga yang digunakan anak muda hari ini yang bersifat akronim, ada kesilapan dari segi ejaan dan tatabahasa yang digunakan semasa dalam penulisan.



Beberapa teman guru saya berkata ada kalanya para pelajar menggunakan akronim ini dalam tugasan sekolah mereka.



Menurut mereka, ada pelajar yang tidak sedar ejaan mereka salah apabila menggunakan slanga sebagai mengganti perkataan sebenar.



Satu kajian di Amerika Syarikat menyatakan bahawa 80 peratus belia di sana yang menggunakan media sosial secara berlebihan telah mendapati pembelajaran mereka terjejas.



Pelajar mendapatinya sukar untuk menggunakan perkataan penuh kerana mereka sudah terlupa bagaimana untuk menggunkan kekata yang tepat dan agak canggung menggunakannya dalam penulisan rasmi.



Justeru sedang anak-anak kita mahu terus mengikuti trend generasi mereka, perlunya kita sebagai ibu bapa memastikan bahawa mereka tetap tahu bagaimana ejaan sebenar sesuatu perkataan agar tidak mengganggu proses pembelajaran mereka.



Sedangkan baru-baru ini, ramai di media sosial yang menggunakan akronim "SHRMZB" sebagai singkatan bagi "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin".



Takut-takut apabila anak-anak terutama yang di sekolah rendah, apabila ternampak akronim ini dalam talian mereka akan sekadar menggunakannya tetapi walhal tidak tahu mengejanya perkataan penuhnya.



Namun yang lebih penting ialah kita perlu mengetahui maksud slanga yang digunakan dan memastikan slanga ini merupakan slanga yang selamat digunakan dan bukan slanga yang membawa maksud sesuatu yang kurang sihat atau mempunyai unsur seksual.



Jadi pastikan kita jadikan kamus slanga dalam talian 'sahabat kita' untuk memantau dan lebih peka tentang penggunaan slanga anak-anak selain merapatkan hubungan dengan anak-anak apabila berkomunikasi dengan mereka.



Jangan pula apabila si anak kata "Wow, Cristiana Ronaldo is a Goat!", anda fikirkan anak anda menyatakan bahawa pemain bola sepak terunggul itu seekor kambing!



Sebaliknya Goat itu bermaksud "Greatest of All Time!" (Terbaik Sepanjang Zaman!).




"Sebagai ibu bapa, kita tiada pilihan tetapi perlu mempelajari makna slanga ini demi memahami apa yang anak-anak perbualkan dan lebih penting lagi, melindungi anak daripada potensi bahaya dalam talian.
Tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan slanga dalam talian ini digunakan dalam penulisan di sekolah.''
- Penulis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >