Premium
Bagaimana cara tadbir harta pusaka si mati?
Sep 11, 2022 | 5:30 AM
PENGECUALIAN: Pentadbiran harta pusaka si mati terpakai kepada semua aset si mati, dengan pengecualian tiga kategori aset: Harta yang dimiliki di bawah pemilikan bersama yang didaftarkan di bawah Akta Hakmilik Tanah, Wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang telah dinamakan dan pembayaran insurans hayat kepada penama. -
ORANG Islam yang bermastautin di Singapura yang meninggal dunia selepas 1 Julai 1968 yang tidak mewasiatkan hartanya, perlu ditadbir mengikut undang-undang pusaka Islam yang dipanggil faraid dan jika si mati merupakan orang Melayu, juga dalam adat Melayu.
Ini diperuntukkan secara jelas di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) 1966.

