Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Banyak pilihan selepas tamat pengajian IB

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



SEMASA dalam menengah dua, Encik Mohamed Hussein Mohamed Saddiq tidak pasti sama ada mahu mengikuti aliran pendidikan tradisional dengan pengkhususan dalam pengajian Islam ataupun meneroka laluan pendidikan baru yang akan menyediakan pelbagai pilihan dalam melanjutkan pengajian kelak.



Namun, setelah didorong ibu bapanya, bekas pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah itu akhirnya memilih untuk menyertai Program Diploma International Baccalaureate (IBDP), sekali gus menjadi antara 25 murid dalam kohort pertama program tersebut di madrasah itu.



"Pada masa itu, saya sebenarnya tidak pasti sama ada mahu membina pengkhususan dalam bidang Islam atau mengambil sarjana muda di universiti sekular kelak.



"Namun, dengan IBDP ini, saya akan tamat pengajian dengan dua sijil - sijil dalam pengajian Islam prauniversiti dan juga diploma IB. Oleh itu, saya pilih IBDP kerana ia memberikan saya lebih banyak pilihan untuk apa yang saya ingin lakukan selepas tamat pendidikan madrasah," kata beliau.



Pilihan Encik Hussein itu tidak sia-sia - beliau muncul sebagai pelajar kedua terbaik dalam kohort IBDP itu tahun lalu dengan markah 41 daripada 45 mata.



Malah, beliau berjaya mendapatkan tempat di Sekolah Undang-Undang Universiti Nasional Singapura (NUS) yang bakal disertainya pada 2023 selepas tamat menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Meskipun perjalanan IBDP itu dianggap sebagai mencabar dengan pelbagai projek yang perlu dilakukan di samping lapan mata pelajaran pengajian Islam yang perlu diambil juga, Encik Hussein berkata pengalaman itu sungguh berbaloi kerana ia mendedahkan beliau kepada banyak peluang pembelajaran yang lebih luas dan meraih kemahiran tambahan.



Misalnya, bagi mata pelajaran kimia, murid bukan hanya belajar teori tetapi perlu melakukan kajian dan menerapkan apa yang dipelajari di dalam kelas dalam dunia sebenar.



Dalam komponen kreativiti, kegiatan dan perkhidmatan pula, Encik Hussein berpeluang melibatkan diri dalam pelbagai kerja sukarelawan seperti menyumbang tenaga di sebuah sekolah di Jakarta untuk mengadakan sesi seni dan kraf, mengajar bahasa Inggeris dan membantu cat sebahagian sekolah itu.



"Ia mengajak kita keluar daripada zon keselesaan, mendalami diri kita dalam masyarakat, dan merenung serta meluahkan pandangan kita.



"Ia juga membolehkan kita menjalin rangkaian daripada usia muda lagi, dan memberikan peluang melihat apa yang boleh dijangkakan selepas tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan kelak," kata beliau.



Nasihat Encik Hussein kepada pelajar di luar sana adalah untuk belajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sendiri dan seterusnya, melakarkan strategi untuk memperbaiki kelemahan mereka.



Beliau menambah bahawa mereka juga harus menetapkan sasaran yang ingin dicapai.



"Saya suka tetapkan standard yang tinggi untuk diri saya sendiri. Sebenarnya, apabila saya mula program IB ini, saya bukan seorang pelajar yang baik tetapi saya tetapkan sasaran yang saya mahu jadi pelajar terbaik dan tentukan markah yang ingin dicapai di akhir pengajian kelak.



"Dari situ, ia terus mendorong saya untuk bekerja keras untuk mencapai sasaran saya. Kita tidak perlu bandingkan diri dengan orang lain. Kita hanya perlu bandingkan diri kita sendiri yang pada masa lalu dengan masa sekarang," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >