Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Banyak potensi di bawah rangkaian baru gembleng tenaga sokong pesalah dadah

May 22, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT banyak potensi di bawah rangkaian baru yang ditubuhkan untuk menggembleng tenaga badan Melayu/Islam (MMO) bagi memperkukuh sokongan masyarakat terhadap pesalah dadah dan keluarga mereka.



Demikian menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



"Perkara unik tentang rangkaian ini adalah ia menghimpunkan pertubuhan dan pihak berkepentingan yang membantu dalam pemulihan dan integrasi semula banduan Melayu/Islam dan keluarga mereka.



"Mereka semua ini mahu membantu dan mempunyai kekuatan tersendiri, tetapi apa yang cuba dilakukan Rangkaian MMO itu adalah untuk menghubungkan pertubuhan itu, bukan sahaja dalam kalangan mereka, tetapi dengan MHA (Kementerian Ehwal Dalam Negeri)," ujarnya.



Rangkaian MMO itu dilancarkan di bawah rangka kerja M Kuasa Tiga (M³) tahun lalu untuk memperkukuh lagi sokongan bagi pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka.



Rangkaian itu disokong MHA dan bandar M Kuasa Tiga (M³) bagi mengukuhkan kerjasama dan sokongan untuk pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka.



Rangkaian tersebut terdiri daripada 26 MMO, seperti Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas), Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) dan AMP, dan sebanyak 11 bandar M³ yang menyediakan program campur tangan dan jangkauan.



Bulan lalu, satu direktori program baru yang berfungsi sebagai panduan sehenti bagi pelbagai perkhidmatan dan program yang disediakan MMO untuk pesalah dadah telah dilancarkan.



Direktori tersebut memaklumkan MMO mengenai pelbagai khidmat yang telah disediakan pihak lain dan bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk mempertingkatkan khidmat dan mengatasi apa jua kekurangan.



"Mereka sudah pun melakukan usaha yang baik. Kami hanya perlu membantu mereka untuk memperkukuh lagi usaha mereka. Mereka juga akan sedar mereka sebahagian daripada satu ekosistem, dan ini akan menguatkan lagi rangkaian itu," ujar Dr Faishal.



Rangkaian itu juga boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi bilangan sukarelawan dan pendamping yang membantu pesalah.



"Semakin ramai banduan juga yang mahu mendapatkan pendamping.



"Jadi kami akan meluaskan peluang ini, dan saya melihat banyak potensi dalam rangkaian MMO ini," kata Dr Faishal.



Apa yang penting juga adalah untuk memperkukuh usaha pencegahan dadah.



Dalam hal ini, kempen 'Dadah itu Haram' boleh diperluas lagi untuk melibatkan lebih ramai rakan kerja bagi menyebarkan mesej bahaya dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >